Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

MB Samsuri tubuh jawatankuasa khas tunai 20 janji PRU 14

KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu yang baharu dibentuk akan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk memastikan 20 janji dalam manifestonya berjaya dilaksanakan. Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pengagihan tugas juga akan dibuat kepada 10 portfolio exco negeri itu agar pelaksanaan manifesto tersebut berjalan lancar. “Selain itu, kita juga akan mengkaji dan membuat penilaian semula berhubung projek-projek mega yang dibuat kerajaan negeri (Barisan Nasional) sebelum ini. “Semua perjalanan projek mega akan dikaji, termasuk impak dan kosnya untuk memastikan ia tidak membebankan kerajaan tetapi memberi impak ekonomi kepada rakyat,” katanya selepas Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Exco Terengganu di Istana Syarqiyyah, malam tadi. Mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan berlaku rombakan terhadap agensi tertentu di negeri itu, beliau berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan itu, namun fokus mereka adalah membuat penambahb...

PM Ke 7 namakan Menteri Kanan

PETALING JAYA:  Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menamakan tiga menteri kanan dalam Kabinet baru beliau petang tadi (12 Mei), tiga hari selepas Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya berjaya menewaskan Barisan Nasional yang telah memerintah negara itu selama enam dekad. Setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, akan menerajui Kementerian Kewangan. Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara, Encik Mohamad Sabu, pula akan memegang jawatan Menteri Pertahanan manakala Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Semalam, Tun Dr Mahathir berkata Kabinet itu akan merangkumi 10 kementerian utama – Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Luar Negeri serta Multimedia, Sains dan Teknologi. Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan baki tujuh menteri. “Kami sedar kebanyakan daripada kami tidak berpengala...