Skip to main content

MB Samsuri tubuh jawatankuasa khas tunai 20 janji PRU 14

KUALA TERENGGANU: Kerajaan PAS Terengganu yang baharu dibentuk akan mewujudkan sebuah jawatankuasa khas untuk memastikan 20 janji dalam manifestonya berjaya dilaksanakan.
Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pengagihan tugas juga akan dibuat kepada 10 portfolio exco negeri itu agar pelaksanaan manifesto tersebut berjalan lancar.
“Selain itu, kita juga akan mengkaji dan membuat penilaian semula berhubung projek-projek mega yang dibuat kerajaan negeri (Barisan Nasional) sebelum ini.
“Semua perjalanan projek mega akan dikaji, termasuk impak dan kosnya untuk memastikan ia tidak membebankan kerajaan tetapi memberi impak ekonomi kepada rakyat,” katanya selepas Istiadat Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Exco Terengganu di Istana Syarqiyyah, malam tadi.
Mengenai kebimbangan sesetengah pihak kemungkinan berlaku rombakan terhadap agensi tertentu di negeri itu, beliau berkata, kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan itu, namun fokus mereka adalah membuat penambahbaikan tanpa menganiaya mana-mana pihak.
“Kita mahu mengurangkan seminimum mungkin halangan atau masalah akibat pertukaran kerajaan ini kerana pada kita, apa paling penting adalah kebajikan dan perjalanan hidup rakyat, di samping agensi (yang terlibat) tidak terjejas.
“Malah, kita juga akan meneruskan bentuk bantuan kepada rakyat dan pada masa sama akan mencari jalan untuk menambah bantuan baharu yang sebelum ini mungkin tertinggal atau diabaikan.”
Sementara itu, bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berharap kerajaan PAS Terengganu yang baharu akan meneruskan agenda pembangunan dilaksanakan BN sebelum ini.
Beliau berkata, projek tersebut dilaksanakan semata-mata untuk kepentingan rakyat supaya dapat terus mengecapi kemakmuran seperti yang dinikmati ketika ini.
“Walaupun pentadbiran diambil alih kerajaan baharu, saya amat berharap pembangunan yang berjalan sebelum ini diteruskan,” katanya yang sudi berkongsi pandangan dan pengalaman mentadbir negeri sekiranya diperlukan.

Comments

Popular posts from this blog

PM Ke 7 namakan Menteri Kanan

PETALING JAYA:  Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menamakan tiga menteri kanan dalam Kabinet baru beliau petang tadi (12 Mei), tiga hari selepas Pakatan Harapan (PH) yang dipimpinnya berjaya menewaskan Barisan Nasional yang telah memerintah negara itu selama enam dekad. Setiausaha agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng, akan menerajui Kementerian Kewangan. Sementara itu, Presiden Parti Amanah Negara, Encik Mohamad Sabu, pula akan memegang jawatan Menteri Pertahanan manakala Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Semalam, Tun Dr Mahathir berkata Kabinet itu akan merangkumi 10 kementerian utama – Kewangan, Dalam Negeri, Pertahanan, Pendidikan, Pembangunan Luar Bandar, Ekonomi, Kerja Raya, Pengangkutan, Luar Negeri serta Multimedia, Sains dan Teknologi. Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan baki tujuh menteri. “Kami sedar kebanyakan daripada kami tidak berpengala...